Monday, April 20, 2020

INTIPATI PENGAJARAN VIDEO “LE GOUFFRE”

Assalamualaikum and hi everyone. After a while, saya kembali bawak entry baru. Sebenarnya saya lupa password blog ni sebab itu la menyepi lama haha. 

Entry kali ni dan beberapa entry-entry yang akan datang saya akan share pasal intipati video, movie, filem yang saya dah tengok sepanjang saya kuarantin. Dan lepas habis semua intipati tu, insyaAllah saya akan share pulak pengalaman saya kuarantin selama 14 hari di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Hope to see you soon in the next entry! 

Okay, before kita start dengan intipati video "Le Goufre", 
Ada siapa dah tengok short video ni? Saya ada sediakan link dekat bawah bagi siapa yang berminat nak tonton nanti. Video ni dapat Award CGI 3D Animated Short Filem tahun 2017. Video pendek tapi sarat dengan makna yang mendalam. Jadi suka untuk saya share apa yang saya dapat dari video in dalam konteks pemahaman agama Islam. 

Kehidupan adalah perjuangan yang meletakkan matlamatnya untuk mencari solusi yang terbaik agar kehidupan lebih sejahtera dan selamat. Kita diumpamakan boleh memilih untuk memahirkan diri dalam bidang yang diminati. Dan dengar kemahiran yang dimilki, kita mampu membuat perubahan. Dalam video pendek ini ditunjukkan bahawa dua pemuda yang tekad memperjuangkan perubahan dengan menggunakan kemahiran yang dimilki, mereka seterusnya boleh membina kemajuan hidup untuk diri sendiri, keluarga selain menumpahkan bakti kepada masyarakat.

Secara adatnya, istilah ‘perjuangan’ selalunya dikaitkan dengan konteks majmuk. Gagasan, asas falsafah atau ideologi yang diperjuangkan adalah milik orang ramai. Mestilah didokong oleh sekelompok atau sekumpulan ahli, pengikut atau penyokong. Apa yang penting semua pihak perlu memahami dan menghayati matlamat sebenar yang diperjuangkan. Jika tidak segala usaha akan menjadi sia-sia, selain dibimbangi boleh meninggalkan kesan buruk terhadap diri dan masyarakat.


Falsafah perjuangan bukan sekadar bersifat ikut-ikutan. Perlu untuk kita melihat tujuan sebenar penubuhan sesebuah badan itu. Apakah berpijak pada perjuangan untuk menegakkan kedaulatan bangsa dan tanah air, demi kesejahteraan rakyat, atau sekadar bersifat serpihan atau batu loncatan sebelum mencapai agenda yang tersirat sahaja. Saya bawakan kembali makna dari video pendek yang memberikan gambaran masyarakat ramai yang menyokong dan mendokong perjuangan dua pemuda itu dengan berada bersama melihat perkembangan perjuangan yang dibawa. 

Hidup berpandukan prinsip dan pegangan yang tepat serta jelas, dapat membawa masyarakat bersama menuju perubahan. Dua pemuda itu sentiasa mencari jalan dan penyelesaian supaya matlamat yang mereka letakkan tercapai. Walaupun diuji dengan kekurangan tenaga dan cuaca yang membadai, mereka terus berpegang teguh dengan prinsip. Dan akhirnya, seperti yang Allah janjikan buat orang yang sentiasa berada di jalan kesungguhan, kejayaan lah buat mereka.

Malah, Rasulullah SAW menggesa umatnya untuk sentiasa hidup dengan berprinsip. Sabda baginda: “Janganlah kamu ‘imma’ah’, iaitu kamu berkata: jika orang baik, kami pun ikut menjadi baik. Dan jika mereka zalim, kami pun ikut menjadi zalim.” - Riwayat at-Tarmizi. Ertinya, kehidupan ini perlulah berlandaskan arah tuju yang jelas dan tahu tentang matlamat yang ingin dicapai.

Babak terakhir dari video pendek ini memberi satu mesej yang besar tatkala jambatan yang dicipta dari penat lelah dua pemuda itu dihancurkan sekelip mata. Hanya seorang dari mereka yang berjaya tiba ke destinasi, manakala seorang lagi terkorban. Babak ini membawa konteks perjuangan sentiasa memerlukan pengorbanan. Cahaya api yang dilontarkan ke udara menjadi simbolik kejayaan tetap dinyalakan untuk menyatakan kepada masyarakat bahawa mereka telah tiba ke destinasi walaupun salah seorang dari pemuda itu telah terkorban. Apabila kita melibatkan diri ke lapangan perjuangan, kita akan sentiasa berhadapan dengan perkara yang memerlukan pengorbanan. Dari sudut fikrah harakiyyah, pengorbanan juga disebut “tadhiyyah”. Penggunaan istilah ini telah dimasyhurkan oleh asy-Syahid Hasan al-Banna. Beliau telah meletakkan tadhiyyah sebagai rukun kelima dalam membina 10 rukun baiah bagi pembentukan keperibadian anggota jemaah.

Kesimpulannya, jadikanlah perjuangan ini dalam gerak kerja amal jamaie keutamaan yang didahulukan. Pastikan setiap detik masa yang dianugerah oleh Allah SWT tidak berlalu dengan sia-sia dan sentiasa dalam ruang lingkup bersama-sama jemaah. Yakinlah bahawa pengorbanan yang dilakukan untuk perjuangan Islam merupakan suatu perniagaan atau pelaburan yang sangat menguntungkan. Yakinlah juga bahawa segala kepayahan dan perit getir mengharungi liku-liku perjuangan Islam akan mendapat pertolongan dari Allah SWT yang telah dijanjikanNya. Siapakah yang pasti dan lebih baik menunaikan janjiNya selain dari Allah?




                                


Thank you for coming, feel free to drop your comment below. 

No comments:

Post a Comment

Hi gais, nak comment apa sekali pun, dipersilakan. Gracias!