Sunday, December 30, 2012

Welcome back to SEKOLAH

Assalamualaikum

Esok dah start sekolah. So, everything well prepared tak? Haha, saya belum lagi. Baju sekolah pun tak siap jahit lagi. Esok sekolah, malam ni baju sekolah tak siap jahit sebab tukang jahit tu dapat banyak tempahan. Tapi takpe je, kalau tak siap means esok cuti lagi la hehehehe.

"Jangan harap" HAHAHAHA

Nak tau kenapa? Because my mum has a "supersaia" kind of power. Let's see what happened to my uniform hahaha. Dijamin akan tersedia by tomorrow morning. She really can do such things, asalkan anak dia ke sekolah.

Anyway, saya nak share pengalaman pertama kali saya sekolah. As always, saya dilahirkan untuk jadi manusia yang  super excited setiap kali buat benda tu for the first time. Sampai sekarang pun rasanya tetap sama macam dulu. No fear, and love challenges. 

Biasanya umur 5 tahun semua orang akan masuk pre-school dulu. Tapi, disebabkan masa tu kakak yang sulung baru lepas grad dan dia cuti lama duduk di rumah. Dia pun plan nak ajar basic membaca dulu dekat rumah sebelum mama abah hantar ke taska. Jadinya masa umur 5 tahun saya cuma home-schooling dengan kakak. Dia ajar membaca, menulis, mengira dan mewarna.


Time flew fast, sekejap ja setahun tu, mama abah pun hantar masuk tadika. Saya expect semua orang tahu membaca dekat situ tapi sebenarnya I'm the only one who can read and write. Dahla saya sorang ja yang tak menangis kat situ, lepastu acah macam poyo sebab pandang sinis dekat orang menangis. Sebenarnya guys, saya excited sangat nak masuk sekolah since last year, once dah dapat masuk, I'm so happy!


Hari pertama sampai kat tadika tu, saya jalan laju terus masuk ke pintu tadika tanpa toleh sedikit pun dekat mama abah kat belakang. Hahaha punyalah excited sampai lupa mak ayah ish ish ish. Belon kiri kanan, perlekat warna warni dekat sekeliling dinding. Mainan jangan cakap, bersepah. Ada yang tengah main dengan mainan baru, ada yang cuba nak bercakap dengan kawan baru. Ada yang menangis lari masuk kereta. Macam-macam ada. Tapi seketul Atikah Zuhairah lepas dapat duduk bersila atas lantai, dia bukak beg and bawak keluar botol air barbie dia yang baru tu. Nak menunjuk la apa lagi..


Apa apa pun, saya harap semua orang dapat melangkah ke sekolah esok dengan tenang. Sebenarnya saya pun excited jugak. Sebab kelas baru kan hehe. Dari dulu teringin nak masuk kelas aliran sains, and tomorrow is the day. Hope everything okay 

Japanese school girl anime GIF - Find on GIFER


                                


Dear readers, let's "Allahumma solli 'ala Muhammad" together!

Thursday, December 27, 2012

Khusyuk ke solat?

Assalamualaikum everyone! New post already updated yeayy. So today saya nak share few tips from Solusi's magazine by Ustaz Pahrol Mohd Juoi. So, back to the main question,

 "khusyuk ke solat?"
Kalau ya, alhamdulillah.
Kalau tak, meh sini kita baca apa perkongsian kali ni..

1. NAK DAPATKAN KHUSYUK DALAM SOLAT MESTILAH MENJAGA ADAB SEBELUM, KETIKA DAN SELEPAS SOLAT.

Kalau kita tak kawal adab kita sebelum solat, susah sangat nak khusyuk nanti. Kenapa? Sebab, tindakan dan pemikiran kita sekarang ni akan dipengaruhi oleh apa yang kita lakukan 10 minit yang lepas. Sebab tu sebelum solat, kosongkan pemikiran kita, jangan sibuk nak fikir episod 10 nanti hero bergaduh lagi ke dengan heroin tu..

Dan ketika solat pulak, tips untuk nak khusyuk dalam solat, baca dengan bacaan yang kuat tapi tak bunyi suara. (Lebih kurang nada dia macam kita bisik tapi bisik yg kuat) Kita cuba hayati apa yg Allah nak bercakap dengan kita melalui ayat yang kita baca. Kalau kita tak faham pun makna bacaan tu, kita cuba gambarkan situasi kita sedang menghadap Tuhan.

2. ORANG YANG KEDEKUT ADALAH ORANG YANG TIDAK MENADAH TANGANNYA SELEPAS SOLAT.

Nabi Muhammad saw bersabda, orang yang paling bakhil itu ialah orang yang selesai solatnya, dia tidak beristighfar dan menadah tangannya. Be humble with yourself, nothing to be proud of. Cuma tadah tangan, sekurang-kurangnya mintaklah kat Allah supaya hapuskan dosa dosa kita, dosa dosa ibu ayah kita, dosa dosa kakak abang adik kita, dosa dosa muslimin dan muslimat. 


"HAYATILAH APA YANG DISAMPAIKAN BUKAN ORANG YANG MENYAMPAIKAN"


Wallahu'alam.



                                


Dear readers, keep on changing yourself to a better one okay  ♥



PERKONGSIAN ♥

Assalamualaikum hey semuaa lamanya tak update blog sebab baru balik dari program almost sebulan lebih so posting kali ni saya nak share apa yang saya buat dekat sana. Jadual dia sama macam sekolah, cuma bezanya dekat situ belajar subjek agama:
  • Tauhid
  • Hadis
  • Feqah
  • Bidayatul Hidayah (kitab tua)
  • Tulisan jawi
  • Bahasa Arab
Dan setiap hari ada kelas hafazan Al-Quran. Targetnya sebulan tu nak hafal 3 juzuk, tapi rezeki cuma dapat bawa balik 1 juzuk setengah. Berapa juzuk tak penting, yang penting banyak mana ayat yang kita dah beramal. 

Part yang seronoknya, hafalan ada banyak style and gaya. Ikut keselesaan kita. Biasanya untuk 'newbies' disarankan mula menghafal dari juzuk belakang. Sebab surah di juzuk depan panjang-panjang. Jadi bila kita dah pilih surah yang kita nak hafal, kita kena tulis, baca, ulang, tulis lagi, dan ulang dalam solat. Cara ulang dalam solat tu, mesti dua orang dengan niat solat sunat hafal Al-Quran. Orang yang menghafal akan jadi imam, dan orang yang akan check bacaan menjadi makmum sambil ada Al-Quran dekat tangan dia. Lepas dan sempurna hafalan, pagi selepas subuh, kita akan 'ditebuk' bacaan. 


Masuk bab hadis,ada beberapa hadis yang sempat saya hafal. Jadi saya nak kongsi dekat sini kalau ada yang boleh dapat manfaat. Tapi maaf sebab tak sekali kan perawi hadis sebab saya nak bawak content hadis je.
  • Redha Allah terletak pada redha ibubapa, Kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. Apabila ibubapa kita redha akan kita, Allah juga akan redha kepada kita, dan apabila ibubapa murka akan kita, Allah juga akan murka kepada kita.
  • Sebarkanlah salam di antara kamu, nescaya kamu akan lebih sayang menyayangi.
  • Sesiapa yang menggalakkan ke arah kebaikan, nescaya dia mendapat pahala sama seperti orang yg melakukannya.
  • Orang pemurah dekat dengan syurga, dekat dengan Allah, dekat dengan manusia dan jauh dari neraka. Manakala orang bakhil jauh dari syurga, jauh dari Allah, jauh dari manusia dan dekat dengan neraka.
  • Setiap anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik kesalahan adalah kesalahan yang memohon keampunan.
  • Sesungguhnya semua manusia adalah dari keturunan datuk yang sama iaitu Adam manakala Adam pula daripada tanah, tiada kelebihan bagi orang Ajam berbanding orang Arab. (orang Ajam=bangsa selain Arab)
  • Semua umatku akan masuk syurga kecuali mereka yg enggan. Bertanya sahabat: siapakah yang enggan itu ya Rasulullah, Rasulullah saw menjawab: sesiapa yang mentaatiku masuk syurga, manakala yang ingkar adalah mereka yang enggan.
  • Jauhilah kamu daripada sifat hasad, kerana hasad memakan perkara kebaikan yang kamu telah lakukan seperti kayu dimakan api.
  • Jauhilah kamu semua daripada menipu kerana menipu menjauhkan kamu daripada iman.
  • Sesungguhnya ketaatan itu hanya pada kepada perkara kebaikan sahaja.
  • Sebaik baik do'a adalah do'a yg memohon keampunan.

Maaf la, ada hadis yang dah lupa bcs after all, I'm only a human haha.

LINE Creators' Stickers - Cute girl Talia Animated! Example with ...


                                


Dear readers, thank you for reading this! ♥