Thursday, December 27, 2012

PERKONGSIAN ♥

Assalamualaikum hey semuaa lamanya tak update blog sebab baru balik dari program almost sebulan lebih so posting kali ni saya nak share apa yang saya buat dekat sana. Jadual dia sama macam sekolah, cuma bezanya dekat situ belajar subjek agama:
  • Tauhid
  • Hadis
  • Feqah
  • Bidayatul Hidayah (kitab tua)
  • Tulisan jawi
  • Bahasa Arab
Dan setiap hari ada kelas hafazan Al-Quran. Targetnya sebulan tu nak hafal 3 juzuk, tapi rezeki cuma dapat bawa balik 1 juzuk setengah. Berapa juzuk tak penting, yang penting banyak mana ayat yang kita dah beramal. 

Part yang seronoknya, hafalan ada banyak style and gaya. Ikut keselesaan kita. Biasanya untuk 'newbies' disarankan mula menghafal dari juzuk belakang. Sebab surah di juzuk depan panjang-panjang. Jadi bila kita dah pilih surah yang kita nak hafal, kita kena tulis, baca, ulang, tulis lagi, dan ulang dalam solat. Cara ulang dalam solat tu, mesti dua orang dengan niat solat sunat hafal Al-Quran. Orang yang menghafal akan jadi imam, dan orang yang akan check bacaan menjadi makmum sambil ada Al-Quran dekat tangan dia. Lepas dan sempurna hafalan, pagi selepas subuh, kita akan 'ditebuk' bacaan. 


Masuk bab hadis,ada beberapa hadis yang sempat saya hafal. Jadi saya nak kongsi dekat sini kalau ada yang boleh dapat manfaat. Tapi maaf sebab tak sekali kan perawi hadis sebab saya nak bawak content hadis je.
  • Redha Allah terletak pada redha ibubapa, Kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. Apabila ibubapa kita redha akan kita, Allah juga akan redha kepada kita, dan apabila ibubapa murka akan kita, Allah juga akan murka kepada kita.
  • Sebarkanlah salam di antara kamu, nescaya kamu akan lebih sayang menyayangi.
  • Sesiapa yang menggalakkan ke arah kebaikan, nescaya dia mendapat pahala sama seperti orang yg melakukannya.
  • Orang pemurah dekat dengan syurga, dekat dengan Allah, dekat dengan manusia dan jauh dari neraka. Manakala orang bakhil jauh dari syurga, jauh dari Allah, jauh dari manusia dan dekat dengan neraka.
  • Setiap anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik kesalahan adalah kesalahan yang memohon keampunan.
  • Sesungguhnya semua manusia adalah dari keturunan datuk yang sama iaitu Adam manakala Adam pula daripada tanah, tiada kelebihan bagi orang Ajam berbanding orang Arab. (orang Ajam=bangsa selain Arab)
  • Semua umatku akan masuk syurga kecuali mereka yg enggan. Bertanya sahabat: siapakah yang enggan itu ya Rasulullah, Rasulullah saw menjawab: sesiapa yang mentaatiku masuk syurga, manakala yang ingkar adalah mereka yang enggan.
  • Jauhilah kamu daripada sifat hasad, kerana hasad memakan perkara kebaikan yang kamu telah lakukan seperti kayu dimakan api.
  • Jauhilah kamu semua daripada menipu kerana menipu menjauhkan kamu daripada iman.
  • Sesungguhnya ketaatan itu hanya pada kepada perkara kebaikan sahaja.
  • Sebaik baik do'a adalah do'a yg memohon keampunan.

Maaf la, ada hadis yang dah lupa bcs after all, I'm only a human haha.

LINE Creators' Stickers - Cute girl Talia Animated! Example with ...


                                


Dear readers, thank you for reading this! ♥

No comments:

Post a Comment

Hi gais, nak comment apa sekali pun, dipersilakan. Gracias!