Thursday, December 27, 2012

Khusyuk ke solat?

Assalamualaikum everyone! New post already updated yeayy. So today saya nak share few tips from Solusi's magazine by Ustaz Pahrol Mohd Juoi. So, back to the main question,

 "khusyuk ke solat?"
Kalau ya, alhamdulillah.
Kalau tak, meh sini kita baca apa perkongsian kali ni..

1. NAK DAPATKAN KHUSYUK DALAM SOLAT MESTILAH MENJAGA ADAB SEBELUM, KETIKA DAN SELEPAS SOLAT.

Kalau kita tak kawal adab kita sebelum solat, susah sangat nak khusyuk nanti. Kenapa? Sebab, tindakan dan pemikiran kita sekarang ni akan dipengaruhi oleh apa yang kita lakukan 10 minit yang lepas. Sebab tu sebelum solat, kosongkan pemikiran kita, jangan sibuk nak fikir episod 10 nanti hero bergaduh lagi ke dengan heroin tu..

Dan ketika solat pulak, tips untuk nak khusyuk dalam solat, baca dengan bacaan yang kuat tapi tak bunyi suara. (Lebih kurang nada dia macam kita bisik tapi bisik yg kuat) Kita cuba hayati apa yg Allah nak bercakap dengan kita melalui ayat yang kita baca. Kalau kita tak faham pun makna bacaan tu, kita cuba gambarkan situasi kita sedang menghadap Tuhan.

2. ORANG YANG KEDEKUT ADALAH ORANG YANG TIDAK MENADAH TANGANNYA SELEPAS SOLAT.

Nabi Muhammad saw bersabda, orang yang paling bakhil itu ialah orang yang selesai solatnya, dia tidak beristighfar dan menadah tangannya. Be humble with yourself, nothing to be proud of. Cuma tadah tangan, sekurang-kurangnya mintaklah kat Allah supaya hapuskan dosa dosa kita, dosa dosa ibu ayah kita, dosa dosa kakak abang adik kita, dosa dosa muslimin dan muslimat. 


"HAYATILAH APA YANG DISAMPAIKAN BUKAN ORANG YANG MENYAMPAIKAN"


Wallahu'alam.



                                


Dear readers, keep on changing yourself to a better one okay  ♥



No comments:

Post a Comment

Hi gais, nak comment apa sekali pun, dipersilakan. Gracias!